Thursday, August 19, 2010

KENAPA MASJID-MASJID LAMA ADA BUMBUNG 3 TINGKAT?


Assalamualaikum,

Post saya kali ini adalah untuk menjawab soalan yang telah diajukan oleh Encik Firdaus. Memang sudah lama saya sedar bahawa kebanyakan masjid-masjid lama mempunyai bumbung tiga tingkat. Saya ingat lagi semasa melawat Melaka semasa masih bersekolah rendah, pernah saya bertanya kepada ibu saya mengapa bumbung masjid dekat Melaka tak sama dengan bumbung masjid di tempat lain? Ibu saya hanya menjawab bahawa kebanyakan masjid di Melaka dipengaruhi oleh seni bina dari China. Bagi saya persoalan saya telah terjawab disitu. Selepas beberapa tahun, persolan itu muncul kembali apabila Encik Firdaus meminta kami mengpost tentang soalan ini.
Kini saya telah mendapat jawapan yang sebenar.
Sebenarnya, setiap lapisan bumbung itu mempunyai maknanya.
Lapisan pertama melambangkan tarikat iaitu jalan mendekati Allah.
Lapisan kedua melambangkan hakikat iaitu mencari kebenaran Allah.
Lapisan ketiga melambangkan makrifat iaitu mengenal Allah.
Natijahnya, lapisan di bumbung masjid secara halusnya memberitahu kita peringkat dalam jalan mengenal Allah SWT.

selain itu, secara tidak langsung bumbung yang berlapis-lapis menghasilkan ruang pengudaraan semulajadi pada masjid. Oleh itu ruang di dalam masjid akan menjadi sejuk tanpa menggnakan kipas..

Wasalam....

No comments:

Post a Comment