Monday, September 2, 2013

Oh Susu Sejat!!

Assalamualaikum,

Sudah berkurun-kurun x update apa-apa di blog ini. Oleh itu, dengan besar hatinya hari ini saya akan mengepos tentang hobi masa lapang, iaitu memasak..

Secara kebetulan resepi-resepi kali ini semuanya di masak menggunakan SUSU SEJAT/ SUSU CAIR/ SUSU IDEAL dan yang sewaktu dengannya.

Resepi pertama ialah

PUDING KARAMEL

1 tin susu sejat
7 biji telur
3/4 tin susu pekat
1 sudu kecil essen vanila
gula secukupnya ( untuk dijadikan karamel )

Cara membuat benda ni sangat senang, hanya kisar semua bahan-bahan diatas kecuali gula yang perlu dicairkan diatas api dapur untuk dijadikan karamel. Kemudian bolehlah dikukus hingga masak.



Manakala resepi kedua ialah

KOKTEL

Susu sejat
Koktel buah-buahan
Mixed mini pudding with nata de coco
Vanila Syrup
Lemon ( optional )
Ais

Campurkan semua bahan-bahan ini secukup rasa. tiada sukatan specific. 

( inspired from koktel rumah Puan Neta hari tu. heee)

Dan resepi yang terakhir ialah

UDANG BUTTERMILK

Udang ( x kisahla udang jenis dan saiz ape )
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Susu sejat
Garam
Lada hitam
Daun kari
Butter

Hiris bawang merah dan bawang putih.
Tumis bawang merah dan putih dengan butter sehingga kekuningan
Masukkan udang dan lada hitam sedikit
Masukkan susu sejat setelah udang mulai bertukar warna
Masukkan cili padi, garam dan daun kari.
Masak hingga mendidih.


inspired from Strawberry field cafe PJ.

Dan inila saja 3 resepi yang berasaskan susu yg telah dibuat.. byee..