Wednesday, October 31, 2012

This world becoming mooree crazy!

Yeah, you can fake your face, but not your gene.
if you're not satisfy with your face it's ok, you can change it, but please remember you can't change your gene.


Man sues his wife for being 'ugly'


No, it’s not just a brilliant bit of photoshopping, this is the same woman, before and after cosmetic surgery. Definitely a case of nip tuck wizardry but why’s this making headlines around the world? Because her husband (now ex) has taken her to court and won a $120,000 settlement for being duped by her ‘fake’ beauty.

The crazy ruling has taken place in China and started after Jian Feng and his wife (who’s still unnamed despite her picture being beamed across websites around the world)  got pregnant with their first child. The man described his daughter as ‘incredibly ugly’ when she was born and said she resembled neither him nor his wife. And so Jian began to accuse her of cheating on him. After months of false accusations, Jian’s wife couldn’t take the strain any more and decided to come clean – no, she hadn’t had an affair, but the reason their daughter looked nothing like her was because in fact she’d spent $100,000 on dozens of plastic surgery procedures to transform her looks. Only she’d never told her husband about her little makeover. 

So naturally, what would a loving husband and father do? Divorce his wife of course and win the whopping payout (awarded by a male judge, surprise surprise). Hmm, you’ve got to wonder what kind of man would shun his own child because he thinks she’s too ugly – one who was shallow enough to only love his wife for her looks, perhaps?

This is the picture of the wife,


it becomes a hot topic on yahoo today.
this shows that her husband married her because of beauty.




Tuesday, October 30, 2012

Me, 21 on 31st 2012

hehehehe, kite dah besar.
klu ikut law sesetengah negara, 21 ni barula betul2 over-aged.
sbb tula kite baru boleh mengundi at 21. even aku pon x sure nk daftar ke x nk.

umur dah makin naik,but i'm not sure with my mind.
dah matured ke blom, i don't know..

so, bile umur dah berubah, da kire macam dah bkk buku barula,
and kite perlu azam as our guide.
AZAM? haha, i have a lot in my mind but i couldn't type it here bcoz it is TOO PRIVATE.
hehehe. just x nk jd bahan gelak je..
and my job now is to ensure it all fullfill completely, bcoz i have lots of other things to catch up.

and semalam, i got the first present from my beloved friend, eluny.

a set of chocolate cinnamon roll at CINNABON. adik beradik auntie anne


kiteorg pg jln2 pusing Sunway Pyramid. keje2 rutin masa sekolah dlu. just too bad alya x dpt join. same to asma sbb keje.

then masuk  Forever 21, lagila rasa dekat je di hati.haha..
n enjoy Papa John as our lunch.



we order set for 4. but makan utk 3 org. mmg kenyang giler..puas hati.!

akibat bertiga je, so seating mmg sgttttt luas! hahahaha
then kite beli, Chatime..rindu nk minum..

then, finish the story of 30th october.hehehe

eh, HAlloween la.( none of my bussiness)
 bye~~~






Saturday, October 27, 2012

PEACE~~~ Y^^Y


This is how i feel when someone hurt me..with hope they won't do the same things as they don't want their own feeling getting hurt too..IF they thinks I'm important in their life la..

Sunday, October 21, 2012

Quote For Today

Dunia ni kejam bile ko GEMOK!!!
Ini fakta yang aku x boleh nk sangkal.
Shit!
Sekian


Tuesday, October 16, 2012

Cancer Protection People

i don't why recently i become soo health concious.
so today i gonna post about cancer prevention
since PREVENT IS BETTER THAN CURE ait?


Daripada hasil kajian yang dijalankan di seluruh dunia, pengambilan suplemen untuk melawan kanser adalah kurang berkesan. Dalam keadaan tertentu di mana pengambilan berlebihan suplemen boleh mengakibatkan kesan sebaliknya iaitu menggalakkan pertumbuhan kanser. Contohnya, pengambilan suplemen asid folik berlebihan boleh menggalakkan kanser prostat; pengambilan suplemen beta carotene berlebihan pula meningkatkan risiko kanser paru-paru, sakit jantung atau strok, namun begitu pengambilan makanan yang mengandungi beta-carotene mengurangkan risiko kanser; pengambilan supelemen vitamin C dan Vitamin E pula didapati tidak membantu mencegah kanser.
Oleh itu, untuk mencegah kanser, pakar pemakanan dan pakar kanser mencadangkan untuk:
1. Mengambil makanan segar daripada pelbagai jenis yang mengandungi nutrien dan bahan kimia yang diketahui boleh mencegah kanser, bukannya yang diekstrak untuk dijadikan suplemen. Makanan ini boleh diambil dalam bentuk segar, ulam atau dijadikan jus segar.
2. Makan bahan mengandungi antioksidan (Vitamin C dan E) melalui makanan bukannya suplemen.
3. Melakukan senaman/aktiviti fizikal untuk mencegah kanser.
4. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (terutamanya sayuran berdaun hijau dan kuning) yang mengandungi nutrien dan fitokimia yang mengurangkan risiko kanser.
5. Ubah gaya hidup dengan meluangkan masa bagi senaman selama 20-30 minit sehari dan mengamalkan pemakanan seimbang, ini dapat mengurangkan risiko kanser.
6. Tidak merokok – bagi mengurangkan risiko kanser paru-paru.
Di antara bahan makanan yang diketahui dapat mencegah dan mengurangkan risiko mendapat kanser, ialah:
1. Avocado - a. kaya dengan glutathione iaitu antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas dalam badan dengan cara menghalang usus menyerap sesetengah jenis lemak yang menjadi pencetus kanser.
b. Avocado juga membekalkan banyak potassium (melebihi pisang) kepada badan.
c. Avocado juga menjadi sumber beta carotene yang baik.
d. Avocado juga berguna bagi merawat hepatitis bervirus (penyebab kanser hati) atau punca lain kepada kerosakan hati.

2. Brokoli, kobis dan bunga kobis (cauliflower) – mengandungi bahan kimia:
a. Indole-3- carbinol yang melawan kanser payu dara dengan cara menukarkan estrogen penggalak-kanser menjadi estrogen penghalang kanser.
b. Antioksidan lutein dan zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko kanser prostat, dsb.

Brokoli juga mengandungi fitokimia sulforaphane (produk glukoraphanin) yang boleh mencegah beberapa kanser, seperti kanser kolon dan rektum.

3. Lobak merah - mengandungi:
a. Beta carotene – membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, kolon, pundi, prostat dan payudara.
b. Falcarinol – juga membantu mengurangkan risiko kanser.

4. Cili merah - mengandungi bahan kimia capsaicin iaitu bahan yang meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser) dan boleh mencegah kanser perut.


5. Flax - mengandungi:
a. lignin yang memberi kesan sebagai antioksidan dengan menghalang sel berubah menjadi sel kanser.
b. Kaya dengan omega-3 yang membantu mencegah kanser kolon dan sakit jantung.

6. Bawang putih - mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan aktiviti sel imun bagi melawan kanser dan membantu menguraikan bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Bawang putih berpotensi mengurangkan risiko kanser perut dan kolon.

7. Limau bali/ limau abung – mengandungi:
a. Mototerpenes – menghalang kanser dengan cara menyingkirkan karsinogen dari badan.
b. Vitamin C, beta carotene dan asid folik.


8. Anggur merah - mengandungi:
a. Bioflavonoids – iaitu antioksidan yang kuat sebagai pencegah kanser.
b. Resveratol – menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan sel kanser dan menekan respon imun.
c. Ellagic acid – iaitu sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser. Ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan atau terbantut.

9. Sayur-sayuran berdaun hijau dan kuning – mengurangkan risiko kanser perut.




10. Cendawan/kulat - mengandungi:
a. Polysaccharides (lentinan) – berperanan meningkatkan sistem imuniti badan.
b. Beta glucan dan protein (lectin) yang berfungsi menyerang sel kanser dan menghalangnya mengganda.
c. Thioproline – merangsang pengeluaran interferon dalam badan


11. Kekacang yang mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel kanser.
Contoh: Brazil nuts – mengandungi selenium yang boleh mencegah kanser prostat.


12. Limau dan lemon - mengandungi limonene yang merangsang sel imun pembunuh kanser (lymphocytes) dengan menguraikan bahan penyebab kanser.


13. Betik/papaya - mengandungi:
a. Vitamin C – sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan atau menghalang penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses.


14. Rasberi - mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser.


15. Rumpai laut dan rumput laut - banyak mengandungi:
a. Beta carotene, protein, vitamin B12, fiber, klorofil, chlorophylone (asid lemak yang penting bagi membantu melawan kanser payudara).
b. Mineral – seperti potassium, kalsium, magnesium, iron dan iodine.


16. Produk soya - contoh: tofu atau tauhu – mengandungi:
a. Phytoestrogen yang berfungsi mencegah kanser payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel kanser.
b. Isoflavones

* Jika diambil terlalu banyak, ia mungkin menyebabkan hormon badan tidak seimbang yang mana akan merangsang pertumbuhan kanser

17. Keledek - mengandungi beta carotene yang mempunyai ciri-ciri anti kanser.
18. Tea (tea hijau dan teh hitam) - mengandungi antioksidan iaitu polyphenol (catechins) yang menghalang sel kanser membahagi.

Teh hijau – mengandungi fitokimia epigallocatechin gallate (EGCG) yang melekat pada protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor tersebut.
19. Tomato - mengandungi:
a. Lycopene (antioksidan yang menyerap molekul oksigen bebas atau radikal bebas yang merangsang kanser, terutamanya kanser mulut.
Tembikai, lobak merah dan cili merah juga mengandungi bahan ini, tetapi ia lebih banyak terdapat dalam tomato.
b. Vitamin C.


20. Kunyit - menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 (COX 2) yang biasanya dikaitkan dengan penyebab keradangan dan kanser seperti kanser kolon atau rektum.


21. Makanan berfiber tinggi - seperti bijirin dan kekacang, bagi mencegah terutamanya kanser prostat.


22. Jus epal tak bertapis - bagi mencegah kanser kolon.


selamat mencuba~