Thursday, August 19, 2010

KENAPA MASJID-MASJID LAMA ADA BUMBUNG 3 TINGKAT?


Assalamualaikum,

Post saya kali ini adalah untuk menjawab soalan yang telah diajukan oleh Encik Firdaus. Memang sudah lama saya sedar bahawa kebanyakan masjid-masjid lama mempunyai bumbung tiga tingkat. Saya ingat lagi semasa melawat Melaka semasa masih bersekolah rendah, pernah saya bertanya kepada ibu saya mengapa bumbung masjid dekat Melaka tak sama dengan bumbung masjid di tempat lain? Ibu saya hanya menjawab bahawa kebanyakan masjid di Melaka dipengaruhi oleh seni bina dari China. Bagi saya persoalan saya telah terjawab disitu. Selepas beberapa tahun, persolan itu muncul kembali apabila Encik Firdaus meminta kami mengpost tentang soalan ini.
Kini saya telah mendapat jawapan yang sebenar.
Sebenarnya, setiap lapisan bumbung itu mempunyai maknanya.
Lapisan pertama melambangkan tarikat iaitu jalan mendekati Allah.
Lapisan kedua melambangkan hakikat iaitu mencari kebenaran Allah.
Lapisan ketiga melambangkan makrifat iaitu mengenal Allah.
Natijahnya, lapisan di bumbung masjid secara halusnya memberitahu kita peringkat dalam jalan mengenal Allah SWT.

selain itu, secara tidak langsung bumbung yang berlapis-lapis menghasilkan ruang pengudaraan semulajadi pada masjid. Oleh itu ruang di dalam masjid akan menjadi sejuk tanpa menggnakan kipas..

Wasalam....

Thursday, August 12, 2010

KENAPA RUMAH/BANGUNAN DULU BERTAHAN LAMA?

SENI BINA RUMAH MELAYU

Rumah tradisional Melayu merupakan salah satu identiti masyarakat Melayu sehingga hari. Walaupun kebanyakannya telah diubah suai ataupun ditinggalkan namun ciri rumah tradisional Melayu masih lagi mampu berdiri. Faktor mengapa rumah tradisional Melayu masih gah berdiri adalah kerana struktur binaannya. Gabungan bahan-bahan binaan yang masuk dalam perenggan tiang merupakan faktor utama kekuatan rumah Melayu.Hal ini kerana rumah tradisional Melayu terdiri daripada 3 perenggan utama iaitu:
  • perenggan tiang
  • perenggan dinding
  • perenggan bumbung
Tiang merupakan struktur terpenting dalam struktur rumah Melayu kerana semua rumah tradisional Melayu mempunyai tiang. Oleh itu, kayu yang dipilih mestilah daripada kayu terbaik, kuat, dan tahan menanggung beban berat rumah. Pada asalnya, tiang ditanam di dalam tanah untuk memastikan kedudukan tiang dan rumah tidak teranjak. Akan tetapi, setelah melalui beberapa revolusi, tiang diberi alas di bahagian kaki(lapik tiang/alam tiang) yang diperbuat daripada kayu atau bahan konkrit.

Natijahnya, setakat ini sahajalah penulisan saya untuk kali ini.